KRAFTANGAN
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia . Selamat datang ke blog saya . Saya Ray Clement Peliang berasal dari sarawak , dan bersekolah di kolej vokasional beaufort. Saya mengambil bidang Pelancongan Hospitiliti di kolej vokasional beaufort . Banyak yang telah saya pelajari mengenai pelancongan ini , saya harap tuan-tuan dan puan-puan dapat membaca blog saya .Saya akan menerangi mengenai Kraftangan yang terdapat di Malaysia .
DEFINISI KRAFTANGAN
-Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluar besar- besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan
PENGENALAN KRAFTANGAN
Malaysia bertuah memiliki hasil alam yang dapat menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi rakyat tempatan. Bidang hasil rimba seperti bahan daripada kayu, buluh, rotan, mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun serdang gigih diusahakan oleh usahawan kraf tempatan untuk produk kraftangan. Produk-produk ini mempunyai pasaran yang luas pada masa kini sama ada untuk pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), mentakrifkan kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. Manakala keluaran kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraftangan juga termasuk semua barangan seni yang menjadi tarikan masyarakat atau mempunyai tarikan unsur tradisional yang menunjukkan proses pembentukan. Pembentukan dengan menggunakan kemahiran tangan boleh juga meliputi penggunaan mesin atau alat-alat yang ada. Manakala Peter Dolmer (1997), mentafsirkan makna kraf sebagai aktiviti kreatif berkemahiran dan penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan seni anyaman. Ini menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang kompleks dan rumit yang selalunya hanya dianggap sebagai simbol tanda kepekaan yang asli atau hasil kerja seni. Sementara itu, menurut Ismail Ibrahim (2007), seni kraf mempunyai aturan dalam penghasilannya. Pengamal kraf disebut tukang, bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki sejak turun-temurun. Penghayatan seni kraf mengambil kira aspek berikut; pertama adalah pengetahuan dan pengalaman tukang dan kedua, kemahiran tukang dalam mengaplikasikan teknik penghasilannya. Justeru, kraf tradisi ini mencetuskan keindahan, kehalusan dan keaslian yang tersembunyi malah motif-motif disampaikan adalah satu cerminan terhadap nilai kepercayaan dan adat budaya masyarakat mereka. Kraftangan mempunyai tiga ciri utama iaitu hasil keluaran, kepercayaan budaya dan agama serta keperluan tradisional. Ketiga-tiga ciri ini digabungkan untuk mewujudkan satu nilai estetika yang menggunakan tenaga manusia sendiri tanpa alat yang berteknologi tinggi dan biasanya hasil kraftangan adalah bersifat sederhana dan tidak terlalu kompleks seperti keluaran lain. Terdapat pelbagai jenis hasil kraftangan yang boleh diperolehi bersumberkan hasil hutan seperti perabot-perabot contohnya almari, kerusi malas, meja dan sebagainya.
JENIS KRAFTANGAN
- Tembikar Sarawak
- Pembentukan Labu Sayong Dan Proses Pembakaran
- Batik Blok
- Hasil Anyaman Beg
- KeyChain
Tembikar Sarawak
Pasu Orang Iban Sarawak Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau.
Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.
CARA PEMBUATAN TEMBIKAR DAN TEMPAT PEMBAKARAN
Pembentukan Labu Sayong Dan Proses Pembakaran
Pembentukan Labu Sayong
Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.
Corak
Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi.Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering.
Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan.
Kegunanaan dalam Kehidupan Harian
Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.
Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.
Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.
Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.
Hasil Anyaman Beg
Kagumi kehalusan hasil anyaman yang kreatif di Malaysia. Sumber tumbuhan termasuk bambu, rotan, pandan dan mengkuang, menyediakan bahan mentah bagi kerja anyaman dengan teknik melilit, menganyam, menocang dan menyelit bagi menghasilkan beg, bakul, tikar, topi, tudung saji, serta sepak raga.
Beg Anyaman
KEYCHAIN
keychain,fobutama atau cincin kekunci adalah kecil rantai , biasanya diperbuat daripada logam atau plastik , yang menghubungkan item kecil untuk gegelang kunci a. Panjang rantai kunci yang membolehkan item untuk digunakan lebih mudah daripada jika disambungkan terus ke keyring a. Beberapa rantai kunci membenarkan satu atau kedua-dua hujung keupayaan untuk berputar, menjaga keychain daripada menjadi berpintal, manakala barang yang sedang digunakan.
Keychain juga boleh menjadi pautan yang menghubungkan antara gegelang kunci dan tali pinggang individu. Ia biasanya digunakan oleh kakitangan yang tugasnya menuntut kerap menggunakan kunci, seperti pengawal keselamatan , pegawai penjara, janitor , atau runcitpengurus kedai. Rantai sering ditarik balik, dan oleh itu boleh menjadi nilon tali, bukannya logam yang sebenar.
Rantai memastikan bahawa kunci kekal dilampirkan kepada individu yang menggunakan mereka, membuat kerugian akibat kemalangan kurang, dan menjimatkan haus dan lusuh pada poket pengguna.
PENUTUP
Kesimpulannya , terima kasih kerana melawat blog saya , saya harap anda akan tertarik untuk membaca mengenai kraftangan yang saya terangkan . Kfartangan ini juga salah satu tarikan pelancongan di Malaysia . Kita juga boleh berniaga untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri .Kraftangan ini juga boleh dijadikan salah satu kenangan bagi tempat yang dikunjungi. Akhir sekali , saya ingin menyusul 10 jari ingin meminta maaf jika saya ada terkasar bahasa .
Kesimpulannya , terima kasih kerana melawat blog saya , saya harap anda akan tertarik untuk membaca mengenai kraftangan yang saya terangkan . Kfartangan ini juga salah satu tarikan pelancongan di Malaysia . Kita juga boleh berniaga untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri .Kraftangan ini juga boleh dijadikan salah satu kenangan bagi tempat yang dikunjungi. Akhir sekali , saya ingin menyusul 10 jari ingin meminta maaf jika saya ada terkasar bahasa .
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete